menu

Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

26June2011|Seandainya telah Engkau catatkan

Lama dah xupdate kt sini,ari ni tetibe ngah xde keje nk update le jap..26/6 aku gado besar ngan My Luv.Ok mulai ari ni aku nak gelar dia My Luv.knp Luv?sebab Luv ngan Love bunyi sama tp dia ckp Luv tuk specieal one.So aku admit jelah kan..selebihnya Allah S.W.T je yg tahu hati aku ms saat tu..

Aku  xpernah nak kongkong ke pe..dia nak kawan ngan sejuta wanita pon go head,aku xheran pon..tp agak2 la klu smapai ckp LOVE kt wanita ln tercabar jgkla kesabaran ni..reason xsengaja xde niat pon...org lain kwn byk gak tp xdelahh smpi permainkan kata hikmat tu..Nak sejukkan ati kwn aku suggest anggap je MyLuv ckp Love tu pada binatang..~~sign~~xnk pk panjang sebab aku pon sibuk bekerja..so aku pon aggap je cmtu.

Xde msa dh nk pk bende xberfaedah ni,jd aku mls nk pk so dgn rela xrela ak pon anggap cmtu je.MyLuv pon dh ngaku so Ak percaya je pada dia sepenuh hatiku.Aku maafkan MyLuv doa ku agar MyLuv xulang lagi kasalahannya.Doa ku  semoga CINTA kami drahmati dredhai.Amin Yarabbal alamin..

Sayang..ketahuilah bahawa diri ini begitu menyayangimu..sehingga akhir hayatku..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

P/s:for me jk cinta tu mekar diri pon bersemangat je..nk keje pon xt'ggu,tp bl terluka Subhanallah Allah jelaa tahu hati aku ni..mungkin ni dugaan kami..Aku xkan putus2 berdoa pdmu Ya Allah..

















Monday, November 15, 2010

Wajib buat Ketika Bercinta

Setiap pasangan tidak semestinya bahagia.btul tak?..tapi tak salah kalau kita cuba dan berusha tuk bahagia.Wajib ke?wajib la kalau anda ingin memastikan perhubungan yang selama ini terjalin mencapai kebahagiaan.Untuk lelaki cubalah fahami kekasih anda dan begitu juga sebaliknya.ade 10 tips perkara2 yang wajib dilakukan..Renung-renungkan lah dan selamat beramal..heheee

P/s: yang tips no 10 ni menurut kajian wanita begitu.ye ke ek? huhuu. wallahualam..


1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.

2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

3. Hargai pengorbanannya
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

4. Hormati pendiriannya
 hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.
 Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.

5. Yakin pada keistimewaannya
Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.
Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.

6. Jangan berprasangka
Berikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.
7. Sayanginya setiap hari
Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.

8. Capai persefahaman
Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

9. Jangan cepat berbangga
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.

10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.

Thursday, November 11, 2010

18 Perkara Perempuan tak sempat bagitahu Lelaki | Maher Zain

Dasyat atau pun tidak hakikatnya lelaki harus akui perempuan ni memang agak sukar difahami tapi mudah disentuhi..Disentuhi??..Yer mudah disentuhi tapi hanya jika pandai mencuri hati nya.tak percaya lihat sini.Memang banyak perkara yang tidak sempat diberitahu sebabnya perempuan lebih suka difahami secara tersirat.






1.       Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 
2.        Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 
3.       Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 
4.       Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 
5.       Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 
6.        Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.  
7.       Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akanmenjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 
8.       Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 
9.       Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 
10.   Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 
11.   Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 
12.   Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-matanak tackle kawan mereka yang paling cantik. 
13.   Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 
14.   Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 
15.  Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya  mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 
16.   Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
17.   Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 
18.    Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

P/S: Pelbagai cabaran onak duri untuk ditempuhi...Berushalah untuk memiliki dan dimiliki. 

         InsyaAllah..jom layan..by Maher Zain..




Wednesday, November 3, 2010

Tips saat menilai cinta

 
Cinta tidak seindah yang didambakan!! Punca utama kehambaran Cinta dek kerana tidak mahu bersungguh untuk memperbaiki dan menjaga sesebuah ikatan itu.Ikuti beberapa tip-tip untuk menyemarakkan api cinta dan Suburkan hubungan dengan menanamkan keazaman untuk meletakkan yang terbaik demi cinta!! Semoga ianya berkekalan..InsyaAllah.


1.Lupakan masa lalu

Saturday, October 30, 2010

Bahasa Tubuh Lelaki Apabila Bersama



Kenali beberapa bahasa tubuh lelaki tatkala bersama ..ketahui  dari cara dan tingkah laku dari insan yang bergelar lelaki sedikit sebanyak dapat mencerminkan ciri-ciri dalam segala yang ada pada seorang lelaki..Jom check it out! ;)


1. Menganggukkan kepala 
Ketika kamu berbual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-anggukkan kepala itu membuktikan bahawa itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa mengingati kamu. Dia juga mudah memberikan bantuan apabila kamu memerlukan pertolongan.
2. Mendekatkan badan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blogger Geng/ Famili

At Blog to fb Blogged.my Top Show all blogs Free Auto Backlink Free Automatic Backlink Free Auto Backlink

BlogMalaysia.com