menu

Monday, November 8, 2010

Nabil Qasha-Saya bukan perampas


Qasha kekasih baru Nabil raja lawak benar atau tak diorang berdua sahaja yang tahu.Terdahulu sini Nabil dah sahkan dia sudah putus.Terkini Nik Zaris Uqasha atau Qasha 18,kakak pada pelakon Zaris Nellydia menjelaskan dan mengakui apa yang tersirat lagi tersurat..


“Saya kesal dan kecewa apabila ramai pihak yang menuduh saya sebagai punca perpisahan Nabil dan Irma. Ramai yang menyangka saya adalah individu yang terlibat seperti yang diceritakan Irma dalam akhbar Ahad lalu.
“Di sini saya jelaskan, pramugari yang dikatakan memakai boxer di rumah Nabil seperti yang dilaporkan itu bukannya saya.
“Saya tidak pernah bekerja sebagai pramugari. Dakwaan itu sama sekali tidak benar. Saya harap semua masyarakat faham dan tidak membuat tuduhan membuta tuli terhadap saya,” 
Qasha yang turut membintangi drama berjudul Sultan Alauddin Riayat Shah terbitan TV Al-Hijrah turut memberitahu bahawa dia tertekan apabila dijadikan subjek utama dalam insiden tersebut.
“Sebagai pendatang baru sudah tentu ia merupakan dugaan besar buat saya. Belum pun dikenali sebagai artis orang sudah memberi persepsi buruk kepada saya.
“Walhal hakikat sebenarnya tidak seperti yang mereka gambarkan. Saya sedih dan takut dengan pandangan masyarakat terutamanya peminat-peminat Irma dan Nabil,” katanya.
Jelas Qasha dia sama sekali tidak mengenali pramugari yang didakwa menjadi punca masalah itu dan tidak mahu campur tangan dalam kemelut perpisahan kedua-dua pasangan tersebut.
Lebih menyedihkan gambar-gambar yang tersebar antara dia dan Nabil seolah-olah memperlihatkan Qasha adalah wanita yang dikaitkan dalam insiden Irma “menyerbu” ke rumah Nabil itu tetapi hakikatnya ia adalah satu insiden yang berlainan.
“Saya mengenali Nabil melalui kawan atas kawan. Itupun selepas sebulan dia berpisah dengan Irma. Perhubungan kami hanya seperti kawan biasa dan tiada hubungan istimewa. Gambar mesra yang tersebar itu juga ketika kami keluar beramai-ramai.
“Tentang pramugari seperti yang dilaporkan dalam akhbar minggu lalu itu, Nabil pun tidak menceritakan kepada saya. Bagi saya ia hal peribadi Nabil dan saya tidak masuk campur,” katanya.
Selain itu, Qasha yang juga kakak kepada pelakon Zaris Nelydia ini turut menolak dakwaan kononnya dia terpasa melarikan diri bagi mengelak kontroversi ini terus meletus.
“Saya balik ke kampung saya di Kelantan sebab ingin menjenguk keluarga bukan disebabkan saya takut berjumpa dengan Irma. Ikutkan hati, saya mahu isu ini selesai dengan cara baik.
“Bukannya apa, saya berada di pihak yang benar dan tiada sebab saya perlu lari. Saya anggap ini adalah dugaan pertama saya dalam melangkah ke dunia lakonan,” 


sumber :mstar 
sumber: picture dari beautifurnara.com


8 comments:

  1. pundek ah pompuan ni..kalo xkerana ko xkan irma bawak hati yg lara..

    opsss... sori2.. emo ah.. hahahhaa...

    ReplyDelete
  2. aiseymen...

    biasalah tu bercinta putus2.

    itu pun jadi kecoh kat paper? sigh...

    ReplyDelete
  3. @marina anakcikbob
    biase ar dunia artis..tepuk sebelah tgn tak berbunyi..heeehe

    ReplyDelete
  4. @gadisBunga

    asam garam artis mcm ni laa..nak xnak kena hadap la..dunia diorang..

    ReplyDelete
  5. hah!nabil pom same gak!
    lpas satu satu hal!

    ReplyDelete
  6. huh! ntah ape2 nabil nie.. aritu menang anugerah, sakan dok peluk irma.. eishh.. xmo dh minat nabil.. :(

    ReplyDelete
  7. ateh dunio boleh la buek2 cito...kek akhirat sok ha menjawab la po koarg da buek...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blogger Geng/ Famili

At Blog to fb Blogged.my Top Show all blogs Free Auto Backlink Free Automatic Backlink Free Auto Backlink

BlogMalaysia.com