Cinta tidak seindah yang didambakan!! Punca utama kehambaran Cinta dek
kerana tidak mahu bersungguh untuk memperbaiki dan menjaga sesebuah ikatan
itu.Ikuti beberapa tip-tip untuk menyemarakkan api cinta dan Suburkan hubungan
dengan menanamkan keazaman untuk meletakkan yang terbaik demi cinta!! Semoga
ianya berkekalan..InsyaAllah.
1.Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan
anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari
tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas
putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau
tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda
menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama
dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda
ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama
ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada
tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan
melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti
kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan
wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya
penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih
semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah
contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan
aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar
anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan
positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli
keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan
hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat
hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk
memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi
apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk
menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada
dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada
kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh
mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang
berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.
nice tips!
ReplyDeletegua sokong dengan jangan terlalu memilih tu. XD
ReplyDeletethx for the tips~ ;D
ReplyDelete@gadisBunga
ReplyDeleteamal2kan..hehee (:
@Un Phat Lee
ReplyDeleteyup!! klu memilih sgt pun sssh!!
@Fakhrur Razi berkata
ReplyDeleteU'r most wc (: