Gambit Saifullah,sapa yang tak kenal dengan pelakon ini yang sekarang kecoh akibat hasil karyanya yang dikatakan jelas tidak memberikan manfaat dalam konteks budaya Malaysia.Korunk semua dah tangok ker video tersebut??? Masing2 punye pendapat tersendiri.tepuk dada tanya selera ataupun bak kata Nabil Lu piker laaa sendiri…
Semalam Persatuan Seniman Malaysia (Seniman),iaitu Presidennya Harun Salim Bachik sendiri telah bersuara dan menasihatkan Gambit berikutan kontroversi ni. Turut bertanggunjawab dalam hal ni ,Prema Yin yang melakonkan dengan aksi berahi melibatkan penyanyi itu dengan pelakon Shahz Jazle.
"Jangan dia (Gambit) bandingkan filem ...Dalam Botol dan filem lain dengan klip video itu kerana kreativiti yang dia hasilkan tidak memberikan manfaat dalam konteks budaya Malaysia.Lagipun, apa yang dipaparkan di dalam drama dan filem mempunyai mesej tertentu yang lebih jelas berbanding klip video kerana ia mempunyai masa yang singkat selain boleh memberi macam-macam tafsiran,"
"Klip video itu agak keterlaluan. Walaupun ia dihasilkan untuk pasaran luar negara, mereka sepatutnya peka dengan budaya dan agama rasmi negara kita iaitu Islam serta budaya yang kita amalkan.Jadi, mereka perlu berhati-hati melakukan klip video itu dan jangan terlalu terikut-ikut dengan budaya barat,"
Sumber: mstar
gela kot...hehehe~ dah lupa adat resam melayu...~ hmmm....
ReplyDeletetah wat filem simbol sex wat per....tak ada idea bagus ker
ReplyDelete