menu

Monday, November 15, 2010

Wajib buat Ketika Bercinta

Setiap pasangan tidak semestinya bahagia.btul tak?..tapi tak salah kalau kita cuba dan berusha tuk bahagia.Wajib ke?wajib la kalau anda ingin memastikan perhubungan yang selama ini terjalin mencapai kebahagiaan.Untuk lelaki cubalah fahami kekasih anda dan begitu juga sebaliknya.ade 10 tips perkara2 yang wajib dilakukan..Renung-renungkan lah dan selamat beramal..heheee

P/s: yang tips no 10 ni menurut kajian wanita begitu.ye ke ek? huhuu. wallahualam..


1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.

2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

3. Hargai pengorbanannya
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

4. Hormati pendiriannya
 hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.
 Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.

5. Yakin pada keistimewaannya
Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.
Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.

6. Jangan berprasangka
Berikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.
7. Sayanginya setiap hari
Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.

8. Capai persefahaman
Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

9. Jangan cepat berbangga
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.

10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.

20 comments:

  1. bagi pandangan i le kedua2 patut memainkan peranan tak semestinya sebelah pihak jer yg buat.tapi suka no.5
    'Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira'.

    ReplyDelete
  2. sy suke 5, 6, 7, 8... setuju dgan pandangan bro faizal..

    ReplyDelete
  3. Seyes i like dengan statement nih...wahahaha


    misterlAl
    lAl

    ReplyDelete
  4. Tips perhubungan yang baik...
    Jika difikirkan, hubungan memang memerlukan semua di atas. Namun, masa kini, kebanyakan hubungan hancur disebabkan wang dan harta dunia... Jadi kita fikir2kanlah tips di atas jika kita mahu terus kekalkan hubungan dengan orang tersayang....

    ReplyDelete
  5. cari persamaan dan bukan highlight perbezaan

    ReplyDelete
  6. sedang cuba berusaha utk jd pasangan yg lebih baik tp kdg2 ssh juga.. x dpt nk puas kn hati semua org

    ReplyDelete
  7. @Faizal@PeJAY

    btul tu both need to do the sm way to mksure the relatinship alwaysz fine =) tq

    ReplyDelete
  8. @gadisBunga

    GB kan skang dh berpunyaa kn laa tau kan...heheeeee

    ReplyDelete
  9. @coklat

    huhuu tp kadang2 spontan jee xtau laa apply ke x

    ReplyDelete
  10. @natasha MDG

    pasni de la tu t..pasti merasainya jgg ~~ngeheee

    ReplyDelete
  11. @Kuasai minda
    yupp btultu...tiada yg sempurna di dunia ni..xslh tuk mencuba dan memperbaiki

    ReplyDelete
  12. @cik fiza tiada yg sempurna di dunia ini..btul tu..saban hari ingn lakukan yg termampu &terbaik..chaiyook babe!

    ReplyDelete
  13. Pmpn sememangnye susa nak dipuaskan..hu3

    ReplyDelete
  14. smua ini hanyalah lagenda....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blogger Geng/ Famili

At Blog to fb Blogged.my Top Show all blogs Free Auto Backlink Free Automatic Backlink Free Auto Backlink

BlogMalaysia.com