menu

Thursday, November 11, 2010

Kementerian Pengajian Tinggi siasat operasi Kolej Antarabangsa Fazley


Kontroversi mengenai kelayakan akademik Fazley Yaacob yang kononnya memiliki ijazah doctor falsafah (PhD) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan semakin hangat diperkatakan sekarang.Terkini, Dr Fazley Yaacob memberitahu beliau sudah meletak jawatan sebagai Pengarah Eksekutif FIC (Kolej Antarabangsa Fazley) untuk menjaga  hubungan baik antara FIC dengan pihak University of Wales yang bekerjasama menawarkan kursus ijazah sarjana muda.



Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, siasatan hanya akan membabitkan perjalanan operasi kolej berkenaan sama ada ia menepati syarat yang ditetapkan.

“Memang kita sedang menyiasat perkara itu, jika kolej berkenaan mahu laksanakan sesuatu program adakah ia mempunyai tenaga pengajar yang mencukupi dan layak dalam bidang ditawarkan?

“Jika orang tidak layak dalam sesuatu bidang tetapi disuruh mengajar, maka kita akan ambil tindakan terhadapnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Antarabangsa Pembelajaran Sepanjang Hayat di sini, semalam. Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Rosna Awang Hashim. 

Seminar antarabangsa itu dianjurkan UUM dengan kerjasama dua universiti dari Thailand iaitu Rajamangala University of Technology Srivijaya dan Princess of Naradhiwas University disertai 120 ahli akademik daripada 20 negara. 

Menurut laporan dipetik daripada Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan penggantungan sementara itu dilakukan berikutan kontroversi berhubung kelayakan akademik pemilik kolej berkenaan, Fazley Yaacob yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan. 

BBC dalam program ‘Week In Week Out: University Challenged’ disiarkan kelmarin mendakwa Fazley memiliki PhD palsu dan kini mengendali kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales. 
Fazley didakwa menerima ijazah daripada European Business School (Cambridge), sebuah institusi yang mempunyai kaitan dengan Universiti Antarabangsa Irish yang didakwa sebagai universiti palsu hasil siasatan BBC pada 2008. 

Diminta mengulas dakwaan ijazah palsu dimiliki Fazley, katanya, pihaknya tidak akan mencampuri perkara itu kerana urusan berkenaan hanya membabitkan University of Wales dengan FIC. 


Sumber :Berita Harian

P/S: Jika tak pernah gagal maka tak pernah berjaya..

4 comments:

  1. Nak buat kolej tak perlu ada kelayakan..janji ada duit. Masalahnya skrg bukan ttg kolej tu tapi Dr Fazley tu..camne boleh dapat kelayakan tipu? Ishhhh....

    ReplyDelete
  2. @Hairil Rizal

    hohoohh 2 la pasal..pelik jgk tetiba hangat psl ni

    ReplyDelete
  3. termenung sekejap memikirkan betapa seksanya nak buat design thesis dulu semata2 nak grad...

    ReplyDelete
  4. @gadisBunga

    huhh kauu memmbuattku trngt peristiwa kelamm itu..smpai xtido mlm dibuatnye

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blogger Geng/ Famili

At Blog to fb Blogged.my Top Show all blogs Free Auto Backlink Free Automatic Backlink Free Auto Backlink

BlogMalaysia.com