menu

Saturday, November 13, 2010

Godaan Bibir Untuk Si Dia |Rahsia Bibir

Wah tajuk N3 xleh blah kan….adakah korunk semua tahu..Bibir mahupun Mulut ni salah satu senjata tuk dijadikan tarikan tuk terus dipandang .Juga salah satu aset tuk kaum wanita menggoda lelaki.!! Huh,Tergoda kah?? Sejauh mana bibir memain kan peranan ada diri kita..sehingga ada jugak yang sanggup melakukan apa shaja demi mendapatkan bibir yang diimpikan..Dan sebenarnya suka atau tidak,bibir jugak mengaitkan keperibadian  dengan bentuk bibir  semulajadi yang dimiliki.

Bak kata orang tua-tua dulu,mereka kurang gemar  dengan wanita yang berbibir nipis kerana katanya, wanita begini mulutnya lancang.Berbicara mengikut hati, terlalu berterus-terang dan tidak memikirkan hati serta perasaan orang lain.Manakala wanita bermulut lebar ,kata mereka bebas dan agak liar. Macam2 lah andaian org2 tua2 dulu kala. 

Kajian merungkai Rahsia pada bentuk Bibir:
1.Bibir segar dan kemerahan 
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semula jadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semula jadinya sebagai wanita. Dia manja dan suka dimanjakan serta mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa jika mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya

2.Bibir tipis
Tipis bukan bererti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan daripada pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalankan kehidupannya. 

3.Bibir munggil 
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan. Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya. Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab, namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya. 

4.Bibir tebal 
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunyai nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan di khalayak ramai. Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang, kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya. Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. 

5.Bibir sentiasa terbuka 
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri. 


P/s: kepada pasangan masing2 terimalah seadanya bibir pasanganmu..seadanya...aku sentiasa bersyukur dgn apa yang aku miliki..ngehee...








14 comments:

  1. ohhhhh yang no2 tu xmenahan okey

    ReplyDelete
  2. yg gmbar last tu bibir u ek..wow tu yg no berapa punya ek?? no.1 ok gak

    ReplyDelete
  3. bibir i pantang xde lipbalm. huhu...

    ReplyDelete
  4. sikap dengan perangai tu semua boleh berubah ikut peredaran masa, yang penting kita terima la bibir kita atau bibir pasangan kita tu seadanya .

    by the way, info ni memang menarik

    ReplyDelete
  5. @sabree hussin

    yup,btul tu..xleh caye sgt..bersyukur la pe ade. btq,tq2

    ReplyDelete
  6. yg num 3 mmg bahaya.. silap2 kene kiss free je.haahhaa

    ReplyDelete
  7. @darkbatman

    heheehh bertuah la badan dpt free je..huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blogger Geng/ Famili

At Blog to fb Blogged.my Top Show all blogs Free Auto Backlink Free Automatic Backlink Free Auto Backlink

BlogMalaysia.com