menu

Saturday, October 30, 2010

Bahasa Tubuh Lelaki Apabila Bersama



Kenali beberapa bahasa tubuh lelaki tatkala bersama ..ketahui  dari cara dan tingkah laku dari insan yang bergelar lelaki sedikit sebanyak dapat mencerminkan ciri-ciri dalam segala yang ada pada seorang lelaki..Jom check it out! ;)


1. Menganggukkan kepala 
Ketika kamu berbual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-anggukkan kepala itu membuktikan bahawa itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa mengingati kamu. Dia juga mudah memberikan bantuan apabila kamu memerlukan pertolongan.
2. Mendekatkan badan.
Apabila seorang lelaki itu mendekatkan badannya kepada kamu ketika berbual. Dia adalah lelaki yang menarik dan mampu membuatkan ramai orang tertarik padanya. Tetapi sayang, kadang-kadang si dia bersikap keterlaluan.

3. Merenung
Opss! berhati-hati ya. Lelaki jenis ini terlalu mengharapkan pertolongan dari individu disekelilingnya. Sebolehnya dia mahu dirinya 'ditawarkan` dengan cinta, persahabatan dan kerjaya kerana tak mahu sibuk mencarinya.

4. Mengerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang sungguh mendalam. Si dia juga beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta. Oleh itu, setiap gerakan tangan dan badannya adalah bukti kesungguhan dirinya terhadap pasangan. dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

5. Suka berdiri
Apabila bercakap, sia dia lebih gemar berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepetingan dirinya dan pantang mengalah.

6. Memandang mata
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berani berterus terang. Dia sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua pihak, tidak kira sama ada rapat atau tidak hubungannya dengan individu tersebut.

7. Sensitif pada jarak
Apabila berbual, lelaki jenis ini akan duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauh mana kemesraannya dengan seseorang individu itu. Dia amat peka terhadap perasaan individu serta tahu apa yang mereka suka atau tidak

8. Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Namun, sebenarnya si dia seorang yang amat mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah pada dirinya.

4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blogger Geng/ Famili

At Blog to fb Blogged.my Top Show all blogs Free Auto Backlink Free Automatic Backlink Free Auto Backlink

BlogMalaysia.com