Bismillahirahmanirahim..
Sedih sangat bl terbaca di mana Jalur Gemilang Negara ku Malaysia dibakar oleh penunjuk perasaan yang dilakukan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia. Penunjuk perasaan nampaknye semakin bersikap liar bukan sahaja membakar dan meludah Jalur Gemilang berikutan isu yang mereka dakwa penceroboh pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan di antara kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia,berdekatan Bintan Kepulauan Riau pada 13 Ogos yg lalu.
Apa yg sy ketahui seramai kira-kira 600 orang telah menyertai demontrasi tersebut,amat menyedihkan lg apabila ada di antara mereka meletakkan najis manusia di atas Jalur Gemilang dan memijaknya.
Semoga hal ini dapat dihentikan dalam ms terdekat,sesungguhnya keadaan menjadi semakin berlarutan kerana isu tersebut. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa beliau yakin terhadap Presiden (Susilo Bambang Yudhoyono) bahawa perkara ini akan diselesaikan.
Di bulan yang mulia ini,semoga segala yg buruk dapat di elakkan dan di permudahkan..marilah sm2 kita berdoa agar semua nye kembali pulih. amin..
p/s: untuk mengetahui lebih lanjut lagi sila view ke web tersebut ==> link & juga dari berita kosmo link
semoga dapat diselesaikan dengan baik
ReplyDeleteyelah kan mcm2 skrg,harap cpt2 la selesai
ReplyDelete